Thursday, October 2, 2008

Kebahagiaan Aidilfitri

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Eid Mubarak Sa3ed,Kullu Sanah wa Antum Bilkh
er.Allahumma taqabbal 3ibadatuna fi Ramadhan wa fi Hayatina...Ameen.....

(Edisi entry tertangguh)

Takbir bergema,panjatkan syukur kepada Allah taala.


"Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir)
kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur."
-Surah al-Baqarah,ayat 185

Pagi 1 Syawal sangat permai dan indah.Alhamdulillah.S
etelah menjamah sedikit makanan,ana bersama para akhowat berjalan menuju ke Masjid Umrah seawal jam 7.00 pagi.

Dari Anas bin Malik r.a, dia berkata:"Rasulullah s.a.w tidak pergi ke musolla pada pagi Aidilfitri hingga baginda makan beberapa biji buah kurma." Murajja' bin Raja' berkata:Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa Anas berkata:"Rasulullah s.a.w memakannya di dalam jumlah yang ganjil."
- Hadis riwayat Imam al-Bukhari(Shahih al-Bukhari, kitab al-`eidaini)
Dari Ali bin Abi Thalib r.a:"Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju tempat solat 'eid dan memakan sesuatu sebelum berangkat".
- Hadis riwayat Imam al-Tirmidhi (Sunan al-Tirmidhi, kitab al-Jamaah)

Suasana sangat lengang kerana masih terlalu awal sebenarnya.Alhamdulillah,dapat menduduki saf kedua di dalam masjid.Imam memulakan takbir diikuti para jemaah dengan penuh penghayatan dan semangat.Takbir yang sangat berbeza dari Malaysia.Takbir dialun selama satu jam diikuti solat sunat Aidilfitri.


Allahu Akbar,Allahu Akbar,Allahu Akbar,walillahil Hamdi...
Imam memulakan khutbah.Menggunakan bahasa arab fushah yang bahasanya mudah,tiada masalah untuk difahami.Memberi peringatan supaya istiqamah dan sempurna dalam melakukan ibadah fardu serta perbanyakkan ibadah sunat,tema k
hutbah pada kali ini.Semoga para jemaah mengambil faedah darinya.Khutbah diakhiri dengan doa yang menyebakkan perasaan ana.Ramadhan masih dirindui.Semoga ditemukan lagi dengan Ramadhan akan datang dan Allah menerima segala amalan pada Ramadhan yang lepas.Amin.

Bertukar-tukar ucapan 'eid mubarak' dengan para jemaah sebelu
m meninggalkan masjid.Berjalan pulang melalui jalan lain untuk melihat suasana yang berbeza.Lagipun,kita disunahkan mengikut jalan yang berbeza ketika pergi dan pulang dari menunaikan solat 'eid.



Jabir bin Abdullah r.a berkata:"Nabi s.a.w melalui jalan yang berbeza pada hari 'eid"
- Hadis riwayat Imam al-Bukhari(Shahih al-Bukhari, kitab al-"eidaini)

Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah berkata: Baginda (shallallahu 'alaihi wasallam) selalu menempuh jalan yang berbeza ketika berangkat dan ketika pulang dari tempat solat `Ied. Ada yang berpendapat, hal ini dilakukan agar dapat bersalaman dengan orang-orang yang melalui dua jalan tersebut. Ada pula yang berpendapat untuk memberikan barakah kepada mereka. Ada yang berpendapat untuk memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukannya di kedua jalan tersebut. Ada yang berpendapat untuk menampakkan syi'ar Islam di jalan-jalan. Pendapat yang lebih menepati kebenaran adalah agar perjalanan yang ditempuh lebih jauh (banyak langkahnya). Orang yang berjalan ke masjid atau tempat solat, maka salah satu langkah kakinya akan meninggikan darjatnya, sedangkan langkah kaki yang lain akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya.
- Ibnu Qayyim al-Jauziyyah( Za'adul Maad)


Subhanallah,suasana di pagi Aidilfitri di jalanan-jalanan sangat ceria.Masyarakat islam berbusana indah dan
mereka saling bertukar ucapan selamat.Terukir senyuman indah dibibir masing-masing.Teringat pada isi khutbah sebentar tadi,"hari raya adalah hari yang menggembirakan, bergembiralah di hari yang mulia ini dan gembirakanlah orang lain...."(imam Masjid Umrah :))

Hari itu adalah Hari Raya, di mana orang-orang Sudan bermain pedang dan perisai. Aku (`Aishah radhiallahu 'anha) tidak ingat apakah aku yang meminta untuk melihatnya ataukah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang berkata: "Apakah kamu ingin melihatnya." Aku pun menjawab: "Ya." Aku disuruhnya berdiri di belakangnya, di mana pipiku dekat dengan pipi baginda. Baginda berkata: "Biar yang lain, wahai Bani Arfidah!" Ketika aku merasa bosan, baginda bertanya kepadaku: "Sudah cukup?" Aku menjawab: "Ya." Bagindapun bersabda: "Pergilah."
- Hadis riwayat Imam al-Bukhari (Shahih al-Bukhari, kitab al-`eidaini)


Dari Saidatina Aisyah r.a telah berkata: "Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku (pada Hari Raya), dan ketika itu aku bersama dua
budak perempuan yang sedang menyanyikan lagu peperangan Bu'ats. Baginda langsung berbaring di atas tempat tidur sambil memalingkan wajahnya. Ketika
Abu Bakar r.a masuk ke rumahku, dia memarahiku
dan berkata: "Pada pandangan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, (nyanyian) itu adalah seruling setan." Mendengar itu maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menemui Abu Bakar dan berkata kepadanya: "Biarkanlah mereka." Ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam lengah, aku memberikan isyarat dengan mata kepada kedua budak perempuan
itu hingga mereka keluar.
- Hadis riwayat Imam al-Bukhari(Shahih al-Bukhari, kitab al-eidaini)

Tiba di rumah,masing-masing gotong royong menyediakan hidangan istimewa hari raya.(Sudah dimasak semalam,hanya panaskan saja)Syukran jazilan kepada Kak Lilah yang bersusah payah menyediakan ayam
masak merah,rendang,nasi himpit,acar,nasi goreng dan Kak Ti yang berpagian menggodek kuah kacang yang enak.Jam 11.00 pagi,kami memenuhi undangan Aunty Rohana.Hidangan teristimewa adalah pulut kuning.(Alhamdulillah,setelah sekian lama tak berjumpa pulut kuning,dapat juga merasa di hari raya.Rezeki Aidilfitri namanya)

Alhamdulillah,Aidilfitri kali ini amat bermakna buat ana dan teman-teman.Walaupun
tidak menjangka Aidilfitri jatuh pada 1 Oktober 2008(Maghribi selalunya berhari raya lambat sehari dari Malaysia)perjalanan dan persiapan kami tetap smooth and steady.Aidilfitri kali ini adalah Aidilfitri terindah sepanjang ana beraya di perantauan.Ketenangan dan kegembiraan sangat-sangat dirasakan.Walhamdulillahi Rabbil 'Alamin.....

Nak berkongsi gambar hari raya ana bersama teman-teman di Maghribi(camera shoot by me) dan keluarga di Malaysia(ym photo sharing by adinda Athirah):



Bersolat di Masjid al-Umrah




Hidangan istimewa di pagi 1 Syawal





Tunisian(papa)+Malaysian(mama)=Adam the cute boy






Ke'busy'an ayah di rumah kami di petang akhir Ramadhan







Ayah menyembelih itik untuk dimasak kari sebagai juadah hari raya.






Emak dan Ayah sedondon berbaju ungu di 1 Syawal.Romantik dulu,kini,dan selamanya..:)








Permai kampungku..