Monday, August 17, 2009

Bukannya Mudah

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Tukar ganti nama 'ana' kepada 'saya'.Lebih formal,Melayu.

...

Suatu hari,aktiviti di tepi pantai.

"Ai 'ustazah', tepi pantai pun, pakai stokin lagi? Tak basah ke?"
tegur seorang pelajar lelaki.

"Saya memang nak basuh stokin ni sekali,"

Terdiam.


Suatu hari, di dalam dewan kuliah.

Seorang pelajar lelaki menghampiri,terus duduk berhadapan tanpa segan silu.

"Aku nak cakap dengan kau,tapi kau buat aku macam syaitan.Macam aku ghaib,"

"Wah begitu sekali awak sedar diri," hanya berkata-kata di dalam hati.Tersenyum sinis lalu menjawab, "Tiada apa yang penting untuk dibualkan.Lebih baik diam," meyambung semula kerja.

"Kalau macam tu,aku nak duduk sini,nak tenung kau."

"Kau jangan, dari mata turun ke hati," teman pelajar lelaki itu mengusik.

"Saya punyai maruah!" hati bergetar,geram.Lebih baik aku berambus.

...

Ini bukan cerita saya.Ini cerita adik perempuan saya melalui talian.Aduan dia kepada saya tentang perihal kolejnya.Ada pro dan kontra.Lebih banyak kontranya.

Dia berkongsi segalanya.Terutama tentang dakwah.Dia minta pendapat dan nasihat.Kami berkongsi fikrah.Kadang kala saya kagum dengannya.Satu persatu masalah dia ada cara penyelesaian.Dia seorang yang agak pendiam di kolejnya.Sesekali,kata-kata berbisa darinya mampu menutup mulut para pengusik yang entah apa matlamat mereka.Kadang-kadang bisa itulah penawar,bukan?

Duhai pengusik, kalau kalian inginkan yang baik,jadilah yang terbaik!Bukannya mudah.

Adik saya bukanlah pelajar islamic course.Dia mechanical course.Mejoriti rakan sekelasnya adalah lelaki.Saya tahu,situasi begini bukan mudah baginya.Namun begitu, saya bersyukur kerana dia masih menjaga batas-batas pergaulan dan juga pelihara auratnya.Alhamdulillah.

Kebanyakan collegematesnya bukan bersekolah menengah aliran agama.Menurut adik saya,mereka ada asas tapi tiada kesedaran.Terutamanya solat.Sering diringankan juga ditinggalkan.Sudah dinasihatkan.Sudah diberitahu kenapa solat perlu ditunaikan dan balasan meninggalkan solat.Namun ibarat mencurah air ke daun keladi.Seringkali saya mengingatkan adik saya ketika mana dia mengeluh dan hampir putus asa bahawa ini adalah cabaran seorang da'ie.Tidak boleh jemu,mesti bersabar.Paling penting hikmah.Cari jalan untuk pikat mad'u.Jika kecewa,ingat perjuangan Rasulullah s.a.w.Kesusahan yang menimpa baginda berlipat kali ganda dari kita.Duhai adik,bukan dinamakan pendakwah jika seseorang itu ditimpa cabaran dan dugaan.


Sejenak saya berfikir.Bagaimana jika saya berada di tempat adik saya.Saya pelajar jurusan pengajian Islam,negara yang saya duduki sekarang mempunyai 99 peratus orang islam,mejoriti mereka mengamalkan hidup islam dengan sempurna,sahabat-sahabat seMalaysia yang menuntut di sini mempunyai sahsiah soleh dan solehah,berbanding dengan adik saya,bukan pelajar jurusan pengajian islam,hidup dikelilingi masyarakat yang mempunyai masalah sosial agak tinggi,didampingi roommates,classmates,collegemates,yang kurang kuat agama mereka(bukan semua) dan macam-macam lagi.'Tugas' adik saya jauh lebih mencabar.Tidak mustahil dakwahnya lebih matang walaupun dia tidak menerokai ilmu agama seluas saya.
Ya,saya kagum.

Saya ketuk minda.Sesungguhnya dakwah islamiah itu lebih padu jika kita dicampakkan di kalangan orang yang memerlukan bimbingan dakwah islamiah itu sendiri.Asal diri teguh dengan iman dan taqwa.Bukannya mudah!

Saya memetik kata-kata Imam Hassan al-Banna asy-Syahid di dalam kitab karangannya,"Risalah Kepada Para Pemuda":

"Kami mahu selepas ini dan bersama-sama untuk mengisytiharkan dakwah kami ke seluruh dunia dan menyampaikannya kepada seluruh manusia,meratakan seluruh pelusuk bumi dengannya.Dakwah ini akan menundukkan semua kekuatan sehingga tidak ada lagi fitnah dan kepatuhan semua makhluk melainkan hanya kepada Allah."

Beliau berkata lagi;

"Mereka yang penakut akan mengatakan ini satu khayalan yang mendalam dan perasaan yang menguasai jiwa manusia.Itulah kelemahan yang kita tidak sedari serta tersembunyi dan tidak juga diketahui oleh Islam.Itulah dia kehinaan yang dicampakkan ke dalam hati-hati umat ini yang membolehkan musuh-musuh mereka menguasainya.Itulah kemusnahan hati dari iman yang merupakan sebab kejatuhan orang islam.Sesungguhnya kami canangkan dengan jelas dan tegas bahawa setiap Muslim yang tidak beriman dengan jalan ini dan tidak berusaha untuk mencapainya tidak ada saham baginya dalam Islam.Maka hendaklah ia mencari suatu pemikiran lain yang dapat ia patuhi dan bekerja untuknya."

Mesej berat,penuh makna.Koreksi diri,fikir-fikirkan.

Villa Himayatul Lukluah,
2.52 petang,
Bouhlal,Rabat.






1 comment:

.:Masyi:. said...

sungguh benar apa yang dikau bicarakan..
besar nilainya pada insan terdetik kesedaran dihati..
kadang-kala..darjat dakwahnya lebih tinggi dan mulia..
itulah ranjau dai'e pada zaman kini..