Saturday, April 25, 2009

My little Students

Bismillahirrahmanirrahim

Presenting...


Shhh...Silent...They are in the learning process.


Must be a good listener,so they pay attention and focus.


Yahya memorized surah-al Baiyyinah very well.Well done!

Try to memorize surah al-Baiyyinah hardly.


Time's up! Yasin want to take his lunch at home.


They are so friendly,


highly active,


always give me a big sweet smile,


cheerfully,


and so cute!

Thursday, April 9, 2009

Tadrib(Praktikal) 1

Bismillahirrahmanirrahim.

"Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?
Dan kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu,
yang memberatkan tanggunganmu?
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.
Kerana sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan,
sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan.
Maka apabila kamu telah selesai dari sesuatu urusan,
kerjakanlah dengan sungguh-sungguh urusan yang lain,
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap."

(Surah al-Syarh:ayat 1-8)

Bertemu kembali.Kali ini betul-betul dalam fatrah 'sibuk'.Bukan main-main lagi.Masa untuk mengemas kini tesis ijazah kian suntuk.Tambahan dengan subjek di kuliah,kelas tambahan dan tadrib,mesti lebih fokus dan pandai bahagi masa.CUTI adalah 0 hari dalam seminggu.Isnin hingga Ahad kuliah,tolak tadrib pada hari Jumaat(pagi). Isnin juga perlu jalani tadrib pada sesi petang.Semoga Allah Taala bantu.

Dalam kesibukan,mahu juga ana mencoret sesuatu di sini.Pengalaman tadrib yang bakal meninggalkan kenangan manis dan mungkin tak dapat dilupakan.Mengajar anak-anak arab yang menjanjikan 1001 cabaran!

Isnin lepas,ana dan seorang sahabat telah memulakan tadrib di sebuah sekolah swasta.Muassasah el-Taufiq al-khususiyyah. Lokasi hanya di hadapan rumah.Hajat di hati hanya ingin mendapatkan muqarrar(silibus) dari Guru Besar dan memulakan tadrib pada hari Jumaat.Sebaliknya,Guru Besar mengajak ana menuju ke salah sebuah kelas "Haza al-mustawa al- awal,marhaban,"ujar Guru Besar sambil tersenyum,mengurangkan rasa debar di dada.

Peringkat pertama adalah memerhati cara pengajaran guru dan cara pembelajaran murid.Pelajar sekolah rendah tahap satu adalah pilihan kami.

Sebaik melangkah masuk,kami disapa dengan ucapan salam oleh anak-anak kecil yang berumur dalam lingkungan lapan tahun dan seorang guru.Mereka berdiri sebagai tanda hormat.Jumlah kesemuanya lebih kurang tiga puluh orang.Wajah-wajah comel mereka penuh tanda tanya melihat kedatangan kami.

Kami mengambil tempat di bahagian paling belakang setelah ditunjukkan jadual waktu oleh Guru Besar.Kami juga diterangkan tentang silibus subjek dan buku-buku rampaian oleh guru tadi.Sekali sekala mata beberapa orang murid menjengah kami di belakang.Senyum berbalas senyum,senyuman malu-malu oleh anak-anak kecil yang tulus.

Subjek yang sedang diajar adalah Bahasa Arab.95 peratus bahasa yang diguna di dalam kelas adalah Bahasa Arab fushah hatta meminta izin untuk ke tandas.Teruja melihat kecerdasan dan kefasihan anak-anak ini bertindak balas di dalam sesi pembelajaran.Teringat zaman muda-muda dulu...:)

Macam-macam gelagat dan perangai.Bermain,termenung,tak lepas juga yang didenda berdiri di hadapan kelas kerana diadu mengusik rakan.Anak-anak agaknya sudah lali dengan kekasaran guru.Hanya kesalahan mengisi tempat kosong,mereka dipukul 2 kali di kepala.Kuat.Berkali-kali kami beristighfar.Namun,wajah anak-anak ini langsung tidak menunjukkan riak sakit,marah atau dendam.Selamba.Seperti ana katakan tadi,mereka sudah lali agaknya.

Beberapa nama sempat lekat di minda ana.Rania.Pada firasat ana,anak ini disayangi guru.Mungkin si pendiam ini bijak ana kira.Ramai rakan-rakan menirunya ketika menjawab latih tubi yang diberi guru.Selalu dipilih guru untuk berurusan seperti memanggil guru lain dan sebagainya.Comel,tetapi susah tersenyum.

Hamzah.Ana bertanya namanya ketika di akhir sesi pembelajaran.Si tinggi di dalam kelas.Fasih menjawab soalan-soalan yang dilontarkan oleh guru.Juga paling aktif di dalam kelas.Pelajar pertama menegur kami dengan panggilan ustazah!

Ilyas.Didenda berdiri di hadapan kelas 2 kali.Tidak serik-serik mengusik rakan-rakan walaupun tahu akibatnya.Sering dipukul guru kerana kenakalannya sehingga kami tak sanggup lihat.Denda terakhir yang dikenakan ke atasnya adalah pukul tangan dengan pembaris 2 kali sehingga mampu membuatkan beliau meraung kesakitan.Sebelum pulang,ana cuba untuk mengusap kepalanya namun beliau mengelak.Apakah tiada seorang pun pernah berlembut dengannya sehingga semua orang dianggap kasar termasuk ana?

Sekolah ini ana tinggalkan buat sementara waktu.Ilyas perlu ana dekati!Anak-anak perlu dididik dengan lemah lembut dan tegas,bukan kekasaran dan amarah!

Esok,bersamaan hari Jumaat, ana akan kembali ke sekolah tersebut.InsyaAllah.

Gambar kemudian.Ada masalah untuk upload.