Saturday, June 20, 2009

Peringatan dari Allah,Tarbiah untukku.

Bismillahirrahmanirrahim...

13 Jun 2008:

"Brooooommmmmmmmmmmmm..........."

"'Indakkkk!!"
(Awas!!)

"Ya Allah!" Telapak tangan menekup muka.Kaku.Kosong.

"Bint,ma syuf tish?!!" teriak seorang Pakcik.
(Nak, kamu tak nampak ke?)

Pakcik bervan hijau terberhenti pemanduannya.Terkejut bukan kepalang melihat ana hampir dilanggar sebuah kereta laju.Hanya beberapa sentimeter.Bahagian hadapan labuh tudung telah terkena pun.Semuanya berlaku sekelip mata.Kereta itu terlalu pantas.Teriakan Pakcik tadi menambah kejutan ana.

Tiga orang pemuda yang baru hendak melintas jalan terlongo.Terkejut.Mereka juga melihat peristiwa itu.

Menyedari diri menjadi perhatian orang awam,lantas ana melangkah pergi meninggalkan tempat kejadian selepas melontarkan senyuman kepada Pakcik tadi.Riak mukanya masih risau.

Tangan menggeletar,air mata bergenang.

Ya Allah,tanda apakah ini? Baru sebentar tadi ana fikir tentang kematian.Kematian Ammar Zulkifli,pelajar perubatan di Mesir.Baru semalam kematiannya.

Arwah seorang yang baik dan soleh menurut sahabat-sahabat terdekat.Seorang penghafaz kalamullah.Alhamdulillah, Allah sayang padanya.Allah ambil nyawanya pada usia yang muda.Allah peliharanya dari fitnah dunia yang semakin menggila.Moga rohnya ditempatkan bersama roh orang-orang yang soleh.

Siapalah ana berbanding arwah.Memang sejak kebelakangan sebelum peristiwa itu berlaku,terasa sangat diri ini leka,lagha,iman sakit dan macam-macam lagi.Terdetik juga di hati ini mengharap petunjuk Allah supaya iman diketuk untuk perbaiki diri.

Nah,datang peristiwa yang tak disangka-sangka.Ia merupakan peringatan dariNya.Betapa ana merasai kasih-sayang Allah ketika itu.Subhanallah.Ana rasa terpilih olehNya untuk perbaiki diri.Sesungguhnya Allah maha Mengetahui.Allahul 'Azim....

Ini adalah petanda sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah.Berulangkali ana kufur nikmat.Berulangkali ana tidak bersyukur ke atas nikmatNya.Berulangkali ana melupakanNya ketika ana mengecapi kegembiraan.Namun,kasih sayangNya tetap luas.Tetap berterusan.Tetap memberi perhatian kepada hambaNya walaupun banyak kemasiatan yang telah dilakukan.Astaghfirullah...

Apa tunggu lagi?

Sambutlah peringatan Allah ini sebagai tarbiah untuk sendiri.Ujian baru sedikit.Jangan sampai nyawa sudah sampai kerongkong,baru nak minta keampunan.Jangan tangguhkan amalan baik.Jangan sampai tercicir dari pandangan Allah.Ketahuilah,terlepas dari kasih sayangNya merupakan sesuatu yang sangat perit!

Berubahlah demi Allah Kekasih Agung,demi Islam Pegangan Terulung!




Saturday, May 16, 2009

My little Students 2

Bismillahirrahmanirrahim...

Teacher's Day version...






Be a practical teacher give me a big fantastic miracle experience.It's more challenged when I teach the arabian students and surely not in my mother tongue .Now i'm going interested to be a 'real teacher'.(what is my mom's guess if she read this entry?:))

InsyaAllah,I will share my experiences after I'm finished my practical(+ exams + assignment + final year thesis/after my studies completed :))

Happy Teacher's Day for all teachears in the world ecspecially my dearest mom.

May Allah bless us....

Saturday, April 25, 2009

My little Students

Bismillahirrahmanirrahim

Presenting...


Shhh...Silent...They are in the learning process.


Must be a good listener,so they pay attention and focus.


Yahya memorized surah-al Baiyyinah very well.Well done!

Try to memorize surah al-Baiyyinah hardly.


Time's up! Yasin want to take his lunch at home.


They are so friendly,


highly active,


always give me a big sweet smile,


cheerfully,


and so cute!

Thursday, April 9, 2009

Tadrib(Praktikal) 1

Bismillahirrahmanirrahim.

"Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?
Dan kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu,
yang memberatkan tanggunganmu?
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.
Kerana sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan,
sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan.
Maka apabila kamu telah selesai dari sesuatu urusan,
kerjakanlah dengan sungguh-sungguh urusan yang lain,
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap."

(Surah al-Syarh:ayat 1-8)

Bertemu kembali.Kali ini betul-betul dalam fatrah 'sibuk'.Bukan main-main lagi.Masa untuk mengemas kini tesis ijazah kian suntuk.Tambahan dengan subjek di kuliah,kelas tambahan dan tadrib,mesti lebih fokus dan pandai bahagi masa.CUTI adalah 0 hari dalam seminggu.Isnin hingga Ahad kuliah,tolak tadrib pada hari Jumaat(pagi). Isnin juga perlu jalani tadrib pada sesi petang.Semoga Allah Taala bantu.

Dalam kesibukan,mahu juga ana mencoret sesuatu di sini.Pengalaman tadrib yang bakal meninggalkan kenangan manis dan mungkin tak dapat dilupakan.Mengajar anak-anak arab yang menjanjikan 1001 cabaran!

Isnin lepas,ana dan seorang sahabat telah memulakan tadrib di sebuah sekolah swasta.Muassasah el-Taufiq al-khususiyyah. Lokasi hanya di hadapan rumah.Hajat di hati hanya ingin mendapatkan muqarrar(silibus) dari Guru Besar dan memulakan tadrib pada hari Jumaat.Sebaliknya,Guru Besar mengajak ana menuju ke salah sebuah kelas "Haza al-mustawa al- awal,marhaban,"ujar Guru Besar sambil tersenyum,mengurangkan rasa debar di dada.

Peringkat pertama adalah memerhati cara pengajaran guru dan cara pembelajaran murid.Pelajar sekolah rendah tahap satu adalah pilihan kami.

Sebaik melangkah masuk,kami disapa dengan ucapan salam oleh anak-anak kecil yang berumur dalam lingkungan lapan tahun dan seorang guru.Mereka berdiri sebagai tanda hormat.Jumlah kesemuanya lebih kurang tiga puluh orang.Wajah-wajah comel mereka penuh tanda tanya melihat kedatangan kami.

Kami mengambil tempat di bahagian paling belakang setelah ditunjukkan jadual waktu oleh Guru Besar.Kami juga diterangkan tentang silibus subjek dan buku-buku rampaian oleh guru tadi.Sekali sekala mata beberapa orang murid menjengah kami di belakang.Senyum berbalas senyum,senyuman malu-malu oleh anak-anak kecil yang tulus.

Subjek yang sedang diajar adalah Bahasa Arab.95 peratus bahasa yang diguna di dalam kelas adalah Bahasa Arab fushah hatta meminta izin untuk ke tandas.Teruja melihat kecerdasan dan kefasihan anak-anak ini bertindak balas di dalam sesi pembelajaran.Teringat zaman muda-muda dulu...:)

Macam-macam gelagat dan perangai.Bermain,termenung,tak lepas juga yang didenda berdiri di hadapan kelas kerana diadu mengusik rakan.Anak-anak agaknya sudah lali dengan kekasaran guru.Hanya kesalahan mengisi tempat kosong,mereka dipukul 2 kali di kepala.Kuat.Berkali-kali kami beristighfar.Namun,wajah anak-anak ini langsung tidak menunjukkan riak sakit,marah atau dendam.Selamba.Seperti ana katakan tadi,mereka sudah lali agaknya.

Beberapa nama sempat lekat di minda ana.Rania.Pada firasat ana,anak ini disayangi guru.Mungkin si pendiam ini bijak ana kira.Ramai rakan-rakan menirunya ketika menjawab latih tubi yang diberi guru.Selalu dipilih guru untuk berurusan seperti memanggil guru lain dan sebagainya.Comel,tetapi susah tersenyum.

Hamzah.Ana bertanya namanya ketika di akhir sesi pembelajaran.Si tinggi di dalam kelas.Fasih menjawab soalan-soalan yang dilontarkan oleh guru.Juga paling aktif di dalam kelas.Pelajar pertama menegur kami dengan panggilan ustazah!

Ilyas.Didenda berdiri di hadapan kelas 2 kali.Tidak serik-serik mengusik rakan-rakan walaupun tahu akibatnya.Sering dipukul guru kerana kenakalannya sehingga kami tak sanggup lihat.Denda terakhir yang dikenakan ke atasnya adalah pukul tangan dengan pembaris 2 kali sehingga mampu membuatkan beliau meraung kesakitan.Sebelum pulang,ana cuba untuk mengusap kepalanya namun beliau mengelak.Apakah tiada seorang pun pernah berlembut dengannya sehingga semua orang dianggap kasar termasuk ana?

Sekolah ini ana tinggalkan buat sementara waktu.Ilyas perlu ana dekati!Anak-anak perlu dididik dengan lemah lembut dan tegas,bukan kekasaran dan amarah!

Esok,bersamaan hari Jumaat, ana akan kembali ke sekolah tersebut.InsyaAllah.

Gambar kemudian.Ada masalah untuk upload.

Saturday, March 7, 2009

Kekasih Agung

Bismillahirrahmanirrahim...

Nabi sedar gerak sekeliling
dibaca lebih dalam
dimengerti lebih akar
dan kepada Usamah yang amat menunggu
diteliti wajar pahlawannya
di tengah khalayak yang menanti
suara baginda tenang dan mesra
suara itu lebih ke arah Usamah
diulangi waras pilihannya
pengganti perkasa ayahnya
Usamah memang tepat
dan baginda mengarah pasukannya bermula
khalayak terdiam beberapa ketika
angin saja yang bersuara
unggas sesekali hinggap di kepala
dan khalayak khusyuk masih menantinya
berkatalah baginda
tidak dipilih jika tidak dipihak Allah.

Hari panas ketika itu,
mentari mempunyai kisahnya tersendiri
dan langit masih penuh dengan rahsia
hari panas ketika itu
alam punyai cerita sendiri
dan gurun masih penuh rahsia
Nabi meminta benjana air
diseluk ke air dan diusap wajahnya
berkata tenang datangnya ajal dan rela
di pangkuan isteri kepalanya
berkata ia sukar diterkah
dan di tengah hari Rabiul Awal tahun sebelas Hijrah
Nabi yang mulia menghembus nafas terakhirnya
hari panas ketika itu
mentari mempunyai kisahnya tersendiri
dan langit masih penuh rahsia
hari panas ketika itu
aduh,Nabi sudah tiada.

Dipetik dari novel Cinta Madinah,karangan Abu Hasan Morad.

Wednesday, February 11, 2009

Mabruk Latifa!

Bismillahirahmanirahim..

"Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan."
(surah al-Kahfi:ayat 46)

Qad ata al-Bushra ilaina!

Suaidah mendapat satu mesej yang sangat mengembirakan.Latifa telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada hari Isnin baru-baru ini.Mabruk!
(Latifa:Berwarganegara Maghribi, sangat rapat dengan pelajar Malaysia terutamanya pelajar pengajian Bahasa Arab.Beliau sangat banyak membantu dalam pelajaran)

Semalam,ana dan lima orang sahabat menziarahi beliau dan bayi di hospital.Kunjungan kami disambut ceria oleh Latifa.Beliau ditemani ibunya.Masih kelihatan lemah,namun tak putus senyuman.Bayinya dilahirkan melalui proses pembedahan.Alhamdulillah,segalanya berjalan lancar.Bayi lelaki comel itu dilahirkan sihat dan berat normal,iaitu 3 kg.

Sangat baik,tidur sepanjang kami menziarahinya.


Siapa yang tidak teruja melihat bayi secomel ini.Sungguh menenangkan jiwa.


Subhanallah,Tabarakallah!Besar nanti jadilah mujahid untuk Islam...


Mamanya baik.InsyaAllah,anaknya juga.

Semoga baby menjadi anak yang soleh,memikul tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi dengan amanah dan penuh ketakwaan kepada Allah Taala.

"Ya Tuhan kami,anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami,dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa."
(surah al-Furqan:ayat 74)

Nak cadangkan nama baby Umar boleh tak?

Monday, February 9, 2009

Epilog seorang pejuang

Bismillahirrahmanirrahim...
Maha Suci Allah yang mencipta segala-galanya.Maka,nikmat Allah yang manakah kamu dustakan?

Berikut adalah lirik nasyid yang paling ana gemari.Memberi inspirasi dan semangat untuk terus berjuang.Cuba hayati...

Epilog Seorang Pejuang
Album :
Munsyid : Wadi el Jadid
http://liriknasyid.com


Tika senja melabuh layarnya,
Kicauan burung sayup kedengaran,
Terpaku diri mengimbau semula,
Erti sebuah perjuangan..

Arus hidup yg penuh kepalsuan,
Deruan ombak badai kesesatan,
Terdampar diri asing tersisih..

Hakikat hidup bak roda berputar,
Seringkali kita terkeliru,
Oleh dunia yang menipu,
Oh Tuhanku, itulah diriku..

Kumenyedari siapa diri ini,
Mengharap menanti kejayaan di dalam hidup,
Tanpa pengorbanan..

Di kala rembulan mengambang indah,
Cahayanya menerang kegelapan,
Tika itulah kumenangis gundah,
Terkenangkan kesilapan..

Bagaikan musafir kehilangan punca,
Melangkah kaki pasrah dan berserah,
Menyerah diri tawakkal berusaha..

Dan kini kuakur pada hakikat,
Suka dan duka dalam perjuangan,
Perlu ketabahan dan kekuatan,
Keteguhan hati berlandas iman..

Epilog Hidup Seorang Pejuang,
Mengharung mehnah dan ujian,
Berjuanglah dan terus berkorban..

Tika mentari memancar sirna,
Bumi bertuah menyambung usia,
Dalam segala kesuraman untukku terus berjuang..

Wallahi,ana benar-benar rindu emak dan ayah sejak akhir-akhir ini.Rindu yang sungguh-sungguh.Tolong hambaMu ya Allah,jangan biarkan rinduku kepada manusia mengatasi rinduku kepadaMu.Biarkan cintaku padaMu melebihi cintaku kepada dunia dan isinya.....
Jangan jauhkan aku dari kasih sayangMu ya Allah...


Love both of you very much...