Wednesday, February 11, 2009

Mabruk Latifa!

Bismillahirahmanirahim..

"Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan."
(surah al-Kahfi:ayat 46)

Qad ata al-Bushra ilaina!

Suaidah mendapat satu mesej yang sangat mengembirakan.Latifa telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada hari Isnin baru-baru ini.Mabruk!
(Latifa:Berwarganegara Maghribi, sangat rapat dengan pelajar Malaysia terutamanya pelajar pengajian Bahasa Arab.Beliau sangat banyak membantu dalam pelajaran)

Semalam,ana dan lima orang sahabat menziarahi beliau dan bayi di hospital.Kunjungan kami disambut ceria oleh Latifa.Beliau ditemani ibunya.Masih kelihatan lemah,namun tak putus senyuman.Bayinya dilahirkan melalui proses pembedahan.Alhamdulillah,segalanya berjalan lancar.Bayi lelaki comel itu dilahirkan sihat dan berat normal,iaitu 3 kg.

Sangat baik,tidur sepanjang kami menziarahinya.


Siapa yang tidak teruja melihat bayi secomel ini.Sungguh menenangkan jiwa.


Subhanallah,Tabarakallah!Besar nanti jadilah mujahid untuk Islam...


Mamanya baik.InsyaAllah,anaknya juga.

Semoga baby menjadi anak yang soleh,memikul tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi dengan amanah dan penuh ketakwaan kepada Allah Taala.

"Ya Tuhan kami,anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami,dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa."
(surah al-Furqan:ayat 74)

Nak cadangkan nama baby Umar boleh tak?

Monday, February 9, 2009

Epilog seorang pejuang

Bismillahirrahmanirrahim...
Maha Suci Allah yang mencipta segala-galanya.Maka,nikmat Allah yang manakah kamu dustakan?

Berikut adalah lirik nasyid yang paling ana gemari.Memberi inspirasi dan semangat untuk terus berjuang.Cuba hayati...

Epilog Seorang Pejuang
Album :
Munsyid : Wadi el Jadid
http://liriknasyid.com


Tika senja melabuh layarnya,
Kicauan burung sayup kedengaran,
Terpaku diri mengimbau semula,
Erti sebuah perjuangan..

Arus hidup yg penuh kepalsuan,
Deruan ombak badai kesesatan,
Terdampar diri asing tersisih..

Hakikat hidup bak roda berputar,
Seringkali kita terkeliru,
Oleh dunia yang menipu,
Oh Tuhanku, itulah diriku..

Kumenyedari siapa diri ini,
Mengharap menanti kejayaan di dalam hidup,
Tanpa pengorbanan..

Di kala rembulan mengambang indah,
Cahayanya menerang kegelapan,
Tika itulah kumenangis gundah,
Terkenangkan kesilapan..

Bagaikan musafir kehilangan punca,
Melangkah kaki pasrah dan berserah,
Menyerah diri tawakkal berusaha..

Dan kini kuakur pada hakikat,
Suka dan duka dalam perjuangan,
Perlu ketabahan dan kekuatan,
Keteguhan hati berlandas iman..

Epilog Hidup Seorang Pejuang,
Mengharung mehnah dan ujian,
Berjuanglah dan terus berkorban..

Tika mentari memancar sirna,
Bumi bertuah menyambung usia,
Dalam segala kesuraman untukku terus berjuang..

Wallahi,ana benar-benar rindu emak dan ayah sejak akhir-akhir ini.Rindu yang sungguh-sungguh.Tolong hambaMu ya Allah,jangan biarkan rinduku kepada manusia mengatasi rinduku kepadaMu.Biarkan cintaku padaMu melebihi cintaku kepada dunia dan isinya.....
Jangan jauhkan aku dari kasih sayangMu ya Allah...


Love both of you very much...

Tuesday, January 27, 2009

Alhamdulillah wa Innalillahi wa inna ilaihi raji3un.

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah yang tak pernah putus rahmat-Nya dan selawat serta salam ke atas baginda,Nabi Muhammad s.a.w.

Alhamdulillah,akhirnya imtihan selesai juga tepat jam 12.45 tengah hari Sabtu selepas.Benarlah kata orang,penantian itu satu penyeksaan.Beberapa kali imtihan terakhir itu ditangguhkan,kini hati sudah mampu tersenyum setelah menghadapinya.Natijahnya?Seminggu dari sekarang.Perlu doa dan tawakkal.

"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya."
(surah ali 'Imran:ayat 159)

Ana pohon kalian turut doakan kejayaan untuk ana dan kita semua.InsyaAllah.

Nur Aisyah Athilah.Adinda ana yang seorang ini ditahan wad petang tadi(waktu Malaysia).Muntah-muntah sejak semalam.Innalillahi wa inna ilahi raji3un.
Keracunan makanan kata doktor.Tak silap ana,ini kali kedua dia ditahan wad sepanjang 3 tahun ana di Morocco.Alahai,kesian Aisy.Sensitif betul perut dia.Mak dan Ayah mesti kena pantau pemakanannya selalu.Ana hubungi mak bertanyakan keadaan Aisy.Alhamdulillah,tak serius.Terbaring lemah di atas katil.Macammana mana rasa tidur di hospital ya?Ana tiada pengalaman.ehehe.Apa-apa pun,Kak Ila doakan Aisy cepat sembuh supaya dapat ber'tadika' kembali,bermain dengan Awan,Bunny dan Ollie.(her pets.Awan is a cat,Bunny and Ollie are rabbits.I'm so exited to meet them all).


Aisy in the 'Graduation Day of Tadika Amal Mukmin'.She is just 5 year old.Successful person to be.InsyaAllah.


Ana perlu merancang cuti seminggu ini agar dimanfaatkan seterusnya.Semoga Allah Taala permudahkan segalanya.
Terasa diri ini zalim terhadap nikmat-Nya.Astaghfirullah al-Azim...

Friday, December 12, 2008

Salam Aidiladha

Bismillahirrahmanirrahim.

"Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri dan Allah memaafkan sebahagian besar dari kesalahan-kesalahanmu."
(Surah As-Syura:ayat 30)

Bangun saja dari tidur awal pagi tadi, tekak terasa sangat perit.Ya Allah, tak pernah rasa seperit itu.Sakit sungguh untuk bersuara apatah lagi batuk.Semalam diserang selsema secara tiba-tiba.Batuk yang sedia ada,makin menjadi-jadi.Ya Allah,ana sering sakit apabila tiba musim sejuk.Alhamdulillah,ini juga satu nikmat untuk kafarah dosa-dosa kecil.Ana terlalu banyak dosa.Moga-moga Allah ampunkan ana...Amin..Pengunjung blog sekalian,doakan ana diberi kesembuhan agar mudah menduduki peperiksaan minggu hadapan.Doakan ana najah ya....

Post 'Duhai Kematian' ana tangguhkan dahulu atas sebab-sebab tertentu,ok?

Rasa tak terlambat lagi ana nak ucapkan Eid Mubarak Sa3id wa Kullu Sanah wa Antum Bilkher kepada para pengunjung.Semoga kita diberi kesabaran dan ketabahan persis nabi-nabi Allah terdahulu serta dikurniakan sifat sanggup berkorban demi mendapat keredaan Allah Ta3ala...

As usually,enjoy the pictures(camera shoot by Sis Athira and Sis Afiqa in Malaysia;by me in Morocco).................:)

Aidil Adha di Morocco:Mr. Kibas kepunyaan Madam Hayat yang control handsome apabila gambarnya diambil


Mr Kibas telah disembelih


Syurga menantimu...



Juadah hari raya:Laksa Penang,nasi himpit,rendang ayam dan puding koktel



Aidil Adha di Malaysia:

Mr. Lembu menanti untuk disembelih


Para lelaki sedang menumbangkan Mr.Lembu


Berjaya ditumbangkan


Ayah menyembelih Mr. Lembu


Tidurlah....Syurga sedang menunggumu..


Para lelaki sedang melapah daging



Ayah dan abang sedang memasak untuk jamuan tengah hari(sembelih,lapah,semua lelaki,masak pun?:))

Daging korban sedang dibahagi-bahagikan


Ayyash Amjad,baby Kak Farhana(jiran).Sihat sungguh :)Tak sabar nak jumpa.

Monday, November 24, 2008

Duhai kematian.....nantikan.

Asif,blog sudah lama tidak bercoret.Artikel DUHAI KEMATIAN coming soon,InsyaAllah....

Thursday, October 2, 2008

Kebahagiaan Aidilfitri

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Eid Mubarak Sa3ed,Kullu Sanah wa Antum Bilkh
er.Allahumma taqabbal 3ibadatuna fi Ramadhan wa fi Hayatina...Ameen.....

(Edisi entry tertangguh)

Takbir bergema,panjatkan syukur kepada Allah taala.


"Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir)
kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur."
-Surah al-Baqarah,ayat 185

Pagi 1 Syawal sangat permai dan indah.Alhamdulillah.S
etelah menjamah sedikit makanan,ana bersama para akhowat berjalan menuju ke Masjid Umrah seawal jam 7.00 pagi.

Dari Anas bin Malik r.a, dia berkata:"Rasulullah s.a.w tidak pergi ke musolla pada pagi Aidilfitri hingga baginda makan beberapa biji buah kurma." Murajja' bin Raja' berkata:Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa Anas berkata:"Rasulullah s.a.w memakannya di dalam jumlah yang ganjil."
- Hadis riwayat Imam al-Bukhari(Shahih al-Bukhari, kitab al-`eidaini)
Dari Ali bin Abi Thalib r.a:"Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju tempat solat 'eid dan memakan sesuatu sebelum berangkat".
- Hadis riwayat Imam al-Tirmidhi (Sunan al-Tirmidhi, kitab al-Jamaah)

Suasana sangat lengang kerana masih terlalu awal sebenarnya.Alhamdulillah,dapat menduduki saf kedua di dalam masjid.Imam memulakan takbir diikuti para jemaah dengan penuh penghayatan dan semangat.Takbir yang sangat berbeza dari Malaysia.Takbir dialun selama satu jam diikuti solat sunat Aidilfitri.


Allahu Akbar,Allahu Akbar,Allahu Akbar,walillahil Hamdi...
Imam memulakan khutbah.Menggunakan bahasa arab fushah yang bahasanya mudah,tiada masalah untuk difahami.Memberi peringatan supaya istiqamah dan sempurna dalam melakukan ibadah fardu serta perbanyakkan ibadah sunat,tema k
hutbah pada kali ini.Semoga para jemaah mengambil faedah darinya.Khutbah diakhiri dengan doa yang menyebakkan perasaan ana.Ramadhan masih dirindui.Semoga ditemukan lagi dengan Ramadhan akan datang dan Allah menerima segala amalan pada Ramadhan yang lepas.Amin.

Bertukar-tukar ucapan 'eid mubarak' dengan para jemaah sebelu
m meninggalkan masjid.Berjalan pulang melalui jalan lain untuk melihat suasana yang berbeza.Lagipun,kita disunahkan mengikut jalan yang berbeza ketika pergi dan pulang dari menunaikan solat 'eid.



Jabir bin Abdullah r.a berkata:"Nabi s.a.w melalui jalan yang berbeza pada hari 'eid"
- Hadis riwayat Imam al-Bukhari(Shahih al-Bukhari, kitab al-"eidaini)

Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah berkata: Baginda (shallallahu 'alaihi wasallam) selalu menempuh jalan yang berbeza ketika berangkat dan ketika pulang dari tempat solat `Ied. Ada yang berpendapat, hal ini dilakukan agar dapat bersalaman dengan orang-orang yang melalui dua jalan tersebut. Ada pula yang berpendapat untuk memberikan barakah kepada mereka. Ada yang berpendapat untuk memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukannya di kedua jalan tersebut. Ada yang berpendapat untuk menampakkan syi'ar Islam di jalan-jalan. Pendapat yang lebih menepati kebenaran adalah agar perjalanan yang ditempuh lebih jauh (banyak langkahnya). Orang yang berjalan ke masjid atau tempat solat, maka salah satu langkah kakinya akan meninggikan darjatnya, sedangkan langkah kaki yang lain akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya.
- Ibnu Qayyim al-Jauziyyah( Za'adul Maad)


Subhanallah,suasana di pagi Aidilfitri di jalanan-jalanan sangat ceria.Masyarakat islam berbusana indah dan
mereka saling bertukar ucapan selamat.Terukir senyuman indah dibibir masing-masing.Teringat pada isi khutbah sebentar tadi,"hari raya adalah hari yang menggembirakan, bergembiralah di hari yang mulia ini dan gembirakanlah orang lain...."(imam Masjid Umrah :))

Hari itu adalah Hari Raya, di mana orang-orang Sudan bermain pedang dan perisai. Aku (`Aishah radhiallahu 'anha) tidak ingat apakah aku yang meminta untuk melihatnya ataukah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang berkata: "Apakah kamu ingin melihatnya." Aku pun menjawab: "Ya." Aku disuruhnya berdiri di belakangnya, di mana pipiku dekat dengan pipi baginda. Baginda berkata: "Biar yang lain, wahai Bani Arfidah!" Ketika aku merasa bosan, baginda bertanya kepadaku: "Sudah cukup?" Aku menjawab: "Ya." Bagindapun bersabda: "Pergilah."
- Hadis riwayat Imam al-Bukhari (Shahih al-Bukhari, kitab al-`eidaini)


Dari Saidatina Aisyah r.a telah berkata: "Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku (pada Hari Raya), dan ketika itu aku bersama dua
budak perempuan yang sedang menyanyikan lagu peperangan Bu'ats. Baginda langsung berbaring di atas tempat tidur sambil memalingkan wajahnya. Ketika
Abu Bakar r.a masuk ke rumahku, dia memarahiku
dan berkata: "Pada pandangan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, (nyanyian) itu adalah seruling setan." Mendengar itu maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menemui Abu Bakar dan berkata kepadanya: "Biarkanlah mereka." Ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam lengah, aku memberikan isyarat dengan mata kepada kedua budak perempuan
itu hingga mereka keluar.
- Hadis riwayat Imam al-Bukhari(Shahih al-Bukhari, kitab al-eidaini)

Tiba di rumah,masing-masing gotong royong menyediakan hidangan istimewa hari raya.(Sudah dimasak semalam,hanya panaskan saja)Syukran jazilan kepada Kak Lilah yang bersusah payah menyediakan ayam
masak merah,rendang,nasi himpit,acar,nasi goreng dan Kak Ti yang berpagian menggodek kuah kacang yang enak.Jam 11.00 pagi,kami memenuhi undangan Aunty Rohana.Hidangan teristimewa adalah pulut kuning.(Alhamdulillah,setelah sekian lama tak berjumpa pulut kuning,dapat juga merasa di hari raya.Rezeki Aidilfitri namanya)

Alhamdulillah,Aidilfitri kali ini amat bermakna buat ana dan teman-teman.Walaupun
tidak menjangka Aidilfitri jatuh pada 1 Oktober 2008(Maghribi selalunya berhari raya lambat sehari dari Malaysia)perjalanan dan persiapan kami tetap smooth and steady.Aidilfitri kali ini adalah Aidilfitri terindah sepanjang ana beraya di perantauan.Ketenangan dan kegembiraan sangat-sangat dirasakan.Walhamdulillahi Rabbil 'Alamin.....

Nak berkongsi gambar hari raya ana bersama teman-teman di Maghribi(camera shoot by me) dan keluarga di Malaysia(ym photo sharing by adinda Athirah):



Bersolat di Masjid al-Umrah




Hidangan istimewa di pagi 1 Syawal





Tunisian(papa)+Malaysian(mama)=Adam the cute boy






Ke'busy'an ayah di rumah kami di petang akhir Ramadhan







Ayah menyembelih itik untuk dimasak kari sebagai juadah hari raya.






Emak dan Ayah sedondon berbaju ungu di 1 Syawal.Romantik dulu,kini,dan selamanya..:)








Permai kampungku..




















Sunday, September 28, 2008

Perpisahan dengan Ramadhan.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Syawal bakal tiba.Seluruh umat islam akan meraikan hadiah dari Allah taala setelah penat menahan diri dari segala macam nafsu selama satu bulan lamanya.Hari Raya Aidilfitri.Tanda kasih Ilahi terhadap hamba-hambaNya yang sanggup melaksanakan perintahNya iaitu berpuasa di bulan Ramadhan.Sambutlah dengan penuh kesyukuran dan rasa kemenangan.

Ramadhan......Beberapa hari lagi kita akan meninggalkannya.Hati diterjah rasa pilu yang sangat mendalam seolah-olah mahu berpisah dengan orang yang tersayang.Mengapa ya?Sangat berbeza jika dibanding dengan zaman kanak-kanak dan awal remaja dahulu.Ramadhan tak dihayati tapi hari raya dinanti.MasyaAllah..betapa jahilnya diri ini ketika zaman itu.

Mampukah perkara ini terjadi dalam bulan lain?

1)Khatam al-Quran dalam masa kurang sebulan
Sesetengah orang berkali-kali khatam al-Quran dalam tempoh ini.Tabarakallah 'alaikum.Tidaklah ana sehebat itu.Alhamdulillah,berjaya walaupun sekali.Itupun dalam bulan Ramadhan sahaja.Mengapa?Kerana pada bulan Ramadhan kuliah tidak rancak,sangat rajin melakukan tadarus beramai-ramai,tolak masa makan dan sebagainya.Tempoh selepas menjelang hari raya adalah tempoh kesibukan di kuliah,menguruskan pelajar baru,ulangkaji pelajaran dan peperiksaan.Jadi,tempoh membaca al-Quran biasanya terhad selepas solat atau sebelum tidur sahaja.Tapi sangatlah tidak mustahil untuk mengkhatamkan al-Quran sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan sekiranya waktu berborak kosong,mengadap komputer,termenung,melepak di mahlabah atau sewaktu dengannya dikurangkan ke tahap yang paling minima.Setuju,bukan?

2)Berbuka puasa beramai-ramai
Puasa sunat bukan dilakukan sekaligus oleh ahli rumah.Kadang-kadang seorang,berdua atau bertiga.Berbuka puasa pun,ala kadar sahaja.Apabila Ramadhan,semua berpuasa,maka boleh berbuka sekaligus bersama-sama.Sangat meriah.Lebih-lebih lagi,setiap hari ada sahaja yang ringan tulang membuat kuih atau moreh.Tak kurang juga jemputan dari teman sekuliah.Biasanya, topik hangat yang dibincangkan sambil berbuka puasa adalah tentang puasa,solat terawih,malam lailatul qadar,tidak terlepas juga pengalaman berhari raya di zaman kanak-kanak dan di perantauan.Di bulan lain,masih ada perbualan tentang hal ini?Mungkin ada,tapi sangat jarang.

3)Bersolat di masjid
Semestinya masjid menjadi pilihan untuk bersolat terawih.Mengapa?Sukar nak digambarkan keseronokannya.Riang melihat ramai orang berpusu-pusu menuju ke masjid.Tahun ini Masjid Umrah menjadi pilihan.Bacaan imamnya,MasyaAllah.Jemaah terlalu ramai sehingga berpeluang bersolat beratapkan langit.Alhamdulillah,sangat seronok.
Di masjid ini,berkenalan pula dengan Wafa yang mengkagumi Malaysia.Hari-hari berjalan pulang bersamanya.Sehinggalah pada suatu hari,dia bertanya apakah makanan kegemaran ana.Ana pun menjawab:'raziza'(sejenis makanan orang Morocco seperti roti canai dan boleh dilerai-leraikan serta dicicah dengan madu yang dicairkan dengan mentega sebelum dijamah.Ana kira,rasanya lebih enak daripada roti canai).Maka,keesokkan harinya dia telah membawa raziza untuk ana.Sukanya..Alhamdulillah.(Nak buat,tidak mampu kerana caranya agak sukar dan mengambil masa yang lama.Nak promosi sebentar;sesiapa yang tak pernah merasa keenakan raziza terutamanya mahasiswa dan mahasiswi Malaysia di Morocco,silalah membelinya di suwaiqa atau tempat-tempat tertentu yang berhampiran dengan anda.Macam rugi kalau tak rasa:))
Selepas ini,hanya mampu bersolat di rumah sahaja.Alasan utama,kesibukan kuliah membawa kepada penimbunan assignment,kepenatan belajar,keperluan untuk membuat nota pelajaran dan kemestian mengulangkaji pelajaran.Semua itu tidak lain dan tidak bukan memerlukan waktu malam.Ya,malam Ramadhan sangat istimewa dari malam-malam bulan lain.Ketenangan sangat dirasakan.(Sedikit fakta:Kuliah di universiti ana langsung tidak rancak di bulan Ramadhan kerana kebanyakan para pensyarah bermusafir untuk tujuan dakwah).

4)Qiamullail
Semua orang akan 'qiamullail' sekurang-kurangnya untuk bersahur.Alang-alang hendak bersahur,bangunlah awal sedikit untuk mendamba cinta Yang Maha Agung.Sengaja tidak mendirikan solat witir sejurus selepas solat terawih atas tujuan ini.Minda telah tersetting,'tak lengkap solat terawih tanpa solat witir'(walaupun hanya solat sunat tetapi solat sunat yang sangat dituntut.Terasa rugi kalau tak laksanakannya).Alhamdulillah,dipermudahkan untuk bangun.Mungkin ditolak dengan gangguan syaitan kerana syaitan dibelenggu di bulan Ramadhan.
Dari Abi Hurairah r.a. telah berkata:Telah bersabda Nabi Muhammad s.a.w:
"Apabila tibanya bulan Ramadhan,pintu-pintu syurga dibuka dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."
-Hadis riwayat Bukhari,Muslim dan Nasaie-

Subhanallah,nikmatnya bulan Ramadhan.Betapa beruntungnya bagi sesiapa yang menemui malam lailatul qadar.Mungkinkah kita akan mudah bangun di malam bulan lain semudah bangun di malam Ramadhan?Jawapannya,hendak seribu daya,tak nak seribu dalih.Bila diri sentiasa mahu berusaha menggapai redha Allah,hati pasti merasa manisnya usaha itu.Segalanya mungkin pabila segenap kalbu telah diselebungi dengan cinta kepadaNya.InsyaAllah.

5)Mendengar ayat-ayat al-Quran di kedai,pasar-pasar dan mall.
Sangat takjub ketika berjalan-jalan di tempat-tempat ini.Tiada lagu-lagu langa melainkan ayat-ayat suci al-Quran atau lagu-lagu nasyid.Beberapa kali berjalan di suwaiqa di bulan Ramadhan,memang perkara ini berlaku.Sini bacaan ayat al-Quran oleh Syeikh Masyari al-Fasi,situ Syeikh Ahmad al-Ajami,sinun Syeikh Said al-Ghamidi.Tiada lagu Westlife,Celine Dion,Michael Jackson,Nancy Ajram,Amr Diab atau sebagainya yang selalunya dimainkan di bulan-bulan lain.MasyaAllah,atmosfera yang sangat membahagiakan.



Dalam kesyahduan meninggalkan Ramadhan,bersyukurlah kita ketika mana menyambut satu syawal.Caranya dengan berzikir,bertahmid,bertasbih dan bertakbir mengingati kebesaran Allah s.w.t.Insafi diri,sejauh mana amalan yang telah kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan.Adakah kita manfaatkan bulan ini dengan sebaik mungkin?Adakah puasa kita sempurna atau semata-mata menahan lapar dan dahaga?Berdoalah agar kebajikan dan amalan yang kita lakukan diterima Allah s.w.t.Istiqamah dalam melakukan amalan-amalan soleh hingga ke akhir hayat,bukan setakat di bulan Ramadhan sahaja.

Ramadhan,semoga kita bertemu lagi di tahun akan datang.InsyaAllah.(Ya Allah,sayunya saat ini...)

Dengan rasa kehinaan diri dan kerendahan hati,ana mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,Kullu Sanah wa Antum bil Khair kepada umat islam di seluruh dunia.Maafkan ana seandainya ada salah dan silap sama ada disengajakan ataupun tidak.Mungkinkah Aidilfitri kali ini adalah Aidilfitri yang terakhir bagi ana di perantauan?Wallahu a3lam.....

-Esok mahu telefon ayah,emak,abang,adik-adik,opah,atuk,saudara-mara,kawan-kawan dan sebagainya.Tak sabar.(Kepada orang-orang tersayang yang tersenarai di atas,sila sediakan tisu sebelum anda dihubungi oleh ana...:))