Friday, July 16, 2010
Cerita hati
Pagi ini sejuk,tenang.
Hati masih kucar.Masih dibelenggu rasa sayu.Terima kasih ya Allah kerana nikmat Islam,aku masih teguh,waras.
Zahirku ceria,batinku hiba.Sedih mengenangkan generasi kini keras kepala.Salah siapa?
Kadang-kala aku futur.Cepat aku sedar kerana Allah dan Rasul tidak suka.Tapi aku buntu,apakah jalan tarbiah terbaik untuk maslahah umat akhir zaman?
Akhirnya,aku menyalahi kelalaian diriku.Sebagai pendidik,aku tidak kuat bertahan dan mempertahankan.Aku kalah dengan lalai!Betapa hinanya aku.
Tiba-tiba aku sangat merindui Rasullullah.Semangatnya tidak pudar membangunkan umat.Jiwa utuh walau dikecam para zalimin.Senyum tak lekang walau disakiti.Ingin aku jadi sepertimu.
Ya Allah,terasa jauh diri ini dari-Mu.Mesti noda dan dosa sebabnya.Aku sakit kerana rasa jauh dari rahmat-Mu.
Ya Allah,dekatlah padaku!
Thursday, March 18, 2010
Cerita dariku
Sunday, February 28, 2010
Cerita kerjaya.Nantikan.
Sedar tidak sedar,hampir dua bulan saya berkerjaya sebagai pendidik.Langsung tidak mencoretkan sesuatu di sini.Subhanallah,terlalu banyak cerita.Suka dan duka.Ada kesempatan,saya akan kongsikan.
Saya dan 'anak-anak' baru pulang dari Majlis Sukan dan Ilmiah peringkat zon.Alhamdulillah,berkat kesungguhan,kami juara keseluruhan.Tahniah buat 'anak-anak'.Saya tumpang bangga.
Kasihan,mereka menduduki ujian Selasa ini.Bittaufiq wan najah.InsyaAllahu rabbal 'alamin.
Saya bahagia menjadi seorang pendidik.Walaupun sibuk,saya suka.Suka kerana kesibukan ini menjauhkan diri saya dari perkara yang lagha.Alhamdulillah.
Sungguh,kantuk tak dapat ditahan lagi.InsyaAllah,bersambung...
Thursday, December 10, 2009
Marhaban ya Muharram
Muharram,bulan yang membuka lembaran baru sejarah Islam.
Tercatat peristiwa maha agung yang menghasilkan impak terlalu istimewa.
Peristiwa itu adalah peristiwa hijrah yang mampu menyatukan ummah.
Hijrah yang membina kekuatan Islam di mata dunia.
Ayuh kita singkapi cerita hijrah.
Jangan jemu,kelak kita akan tahu.
Subhanallah,rahsia yang penuh hikmah!
...
Beberapa hari lagi,kita akan menginjak ke tahun baru dalam kalendar Islam,tahun 1431.Ketetapan Khalifah Umar al-Khattab,atas usul Khalifah Uthman bin 'Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib supaya menjadikan 1 Muharram sebagai hari permulaan bagi tahun baru dalam takwim Islam menyebabkan kita dapat menghayati satu peristiwa agung iaitu hijrah.
Buktinya,apabila sebut bulan Muharram,pasti lirik ini akan terngiang-ngiang dalam benak fikiran kita:
Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah.....
Lembaran Baru
1 Muharram 1431 merupakan lembaran baru bagi saya.Mana tidaknya,1 Muharram tahun ini seiring dengan tarikh hari lahir saya yang ke-21.Bagi saya,21 adalah tahap umur awal kedewasaan bagi seorang perempuan.Ini bererti saya telah melepasi tahap umur remaja.Sejenak bermuhasabah,adakah saya menempuh alam remaja dengan jayanya?Wallahu a'alam,semuanya dalam perhitungan Allah Ta'ala.
Saya pernah mendengar orang berkata bahawa apabila kita berumur 21 tahun kita akan diberi 'green light' sepenuhnya untuk membuat sebarang keputusan terutamanya melibatkan masa hadapan.(Semestinya 'green light' dari ibu bapa)Bagi saya,tiada had umur yang ditetapkan untuk mendapat 'green light' bagi melakukan apa-apa keputusan.Kematangan seseorang terletak pada kerasional fikirannya.Kerasional fikiran pula bergantung kepada tahap jauhnya seseorang itu berfikir.Kesimpulannya,semakin jauh fikiran seseorang,semakin rasional dirinya,maka dia boleh dianggap matang.Tiada had umur,asalkan sesuatu keputusan itu memberi kesan yang positif kepada diri sendiri dan orang sekeliling.
Tidak dinafikan,apabila menjengah ke alam dewasa,terlalu banyak 'dilema masa hadapan' yang perlu kita tempuhi.Perlu kita ingat bahawa alam dewasa adalah alam realiti kehidupan dan masa hadapan.Kebanyakan keputusan terletak di tangan kita,hampir mustahil untuk bergantung dengan orang lain tetapi sekali-sekala kita memerlukan khidmat nasihat mereka.Jangan ketepikan mereka terutama ibu bapa.Asam garam kehidupan dan pengalaman mereka sangat penting untuk dijadikan panduan hidup kepada kita yang 'setahun jagung'.
Sunday, October 4, 2009
Malaysia,bermula kehidupan baru
2.00 petang.
Kesihatan yang berada di tahap kurang memuaskan memaksa saya melakukan medical check-up sepantas mungkin.Sebelum tiba di rumah,saya singgah di klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan.Alhamdulillah,baru di permulaan demam.Boleh dicegah.Tiada tanda-tanda dijangkiti influanza H1N1.(itu yang paling penting,bukan?)
Hari seterusnya,saya menziarahi opah dan atuk.Mereka inilah yang menjaga saya masa kecil.Saya tahu,mereka terlalu rindukan saya.Seperti dijangka,air mata tumpah jua.Kejap mereka memeluk saya.Lama dan saya hilang kata-kata.Sangat sebak.Wajah mereka jelas dimamah usia.Sepanjang ketiadaan saya,mereka sering sakit.Masuk keluar hospital tidak terkira berkali-kali.Atuk sudah tidak mampu galak bergurau dengan saya.Sudah uzur dan tidak bercakap tapi saya tahu dia bahagia.Wajahnya yang mempamerkan segalanya.Opah masih seperti dulu,ceria dan suka bergurau.Matanya sahaja kian kabur.Alhamdulillah,segala-galanya kuasa Allah yang mentakdirkan kami bertemu lagi.
Jemputan rumah terbuka masih rancak dari saudara mara dan rakan taulan ayah dan emak.Kekeliruan waktu jaga dan rehat menyebabkan saya sedikit pening.Namun,saya gagahi diri demi merapatkan tali silaturrahim sesama mereka.Ucapan tahniah tak putus-putus saya terima.Seronok mereka mendengar bicara saya tentang pengalaman hidup di perantauan.Barakallahu fikum.
Sahabat-sahabat lama tidak saya lupa.Seorang demi seorang saya hubungi untuk melepaskan rindu.Alhamdulillah,ada yang sudah bekerja dan bakal mendirikan rumah tangga.Kebanyakan masih belajar sama ada di luar ataupun di dalam negara.Masing-masing kepingin untuk bertemu tapi terhalang oleh batasan waktu dan tempat.InsyaAllah,kita akan bertemu dalam masa terdekat ini.
Tentang perancangan terdekat.Saya telah susun dengan rapi,tapi Allah Ta'ala yang akan tentukan.Beberapa peluang pekerjaan telah terbentang di hadapan saya,hanya perlu siapkan resume dan hantar.Ya,saya tekad untuk terjun ke alam pekerjaan dahulu,sebelum menyambung semula pelajaran ke peringkat seterusnya.
Gempa bumi kerap berlaku kini.Susulan demi susulan.Allahu Akbar!Peringatan-Nya telah tiba.Saya pasti,anda tahu ini alamat apa.
Rumah Malaysia,
12.25 malam.
7 Oktober 2009 bersamaan 18 Syawal 1430.
Saturday, September 5, 2009
Nikmat
Nikmat petanda Rahmat Allah Ta'ala.
Gembira adalah nikmat.
Jangan lupa jadi hamba yang bersyukur.
Maka,nikmat yang mana kamu dustakan?
Himayatul Lukluah
15 Ramadhan 1430
12.01 tengah hari
Monday, August 17, 2009
Bukannya Mudah
Tukar ganti nama 'ana' kepada 'saya'.Lebih formal,Melayu.
Suatu hari,aktiviti di tepi pantai.
"Ai 'ustazah', tepi pantai pun, pakai stokin lagi? Tak basah ke?"
tegur seorang pelajar lelaki.
"Saya memang nak basuh stokin ni sekali,"
Terdiam.
Suatu hari, di dalam dewan kuliah.
Seorang pelajar lelaki menghampiri,terus duduk berhadapan tanpa segan silu.
"Aku nak cakap dengan kau,tapi kau buat aku macam syaitan.Macam aku ghaib,"
"Wah begitu sekali awak sedar diri," hanya berkata-kata di dalam hati.Tersenyum sinis lalu menjawab, "Tiada apa yang penting untuk dibualkan.Lebih baik diam," meyambung semula kerja.
"Kalau macam tu,aku nak duduk sini,nak tenung kau."
"Kau jangan, dari mata turun ke hati," teman pelajar lelaki itu mengusik.
"Saya punyai maruah!" hati bergetar,geram.Lebih baik aku berambus.
...
Ini bukan cerita saya.Ini cerita adik perempuan saya melalui talian.Aduan dia kepada saya tentang perihal kolejnya.Ada pro dan kontra.Lebih banyak kontranya.
Dia berkongsi segalanya.Terutama tentang dakwah.Dia minta pendapat dan nasihat.Kami berkongsi fikrah.Kadang kala saya kagum dengannya.Satu persatu masalah dia ada cara penyelesaian.Dia seorang yang agak pendiam di kolejnya.Sesekali,kata-kata berbisa darinya mampu menutup mulut para pengusik yang entah apa matlamat mereka.Kadang-kadang bisa itulah penawar,bukan?
Duhai pengusik, kalau kalian inginkan yang baik,jadilah yang terbaik!Bukannya mudah.
Adik saya bukanlah pelajar islamic course.Dia mechanical course.Mejoriti rakan sekelasnya adalah lelaki.Saya tahu,situasi begini bukan mudah baginya.Namun begitu, saya bersyukur kerana dia masih menjaga batas-batas pergaulan dan juga pelihara auratnya.Alhamdulillah.
Kebanyakan collegematesnya bukan bersekolah menengah aliran agama.Menurut adik saya,mereka ada asas tapi tiada kesedaran.Terutamanya solat.Sering diringankan juga ditinggalkan.Sudah dinasihatkan.Sudah diberitahu kenapa solat perlu ditunaikan dan balasan meninggalkan solat.Namun ibarat mencurah air ke daun keladi.Seringkali saya mengingatkan adik saya ketika mana dia mengeluh dan hampir putus asa bahawa ini adalah cabaran seorang da'ie.Tidak boleh jemu,mesti bersabar.Paling penting hikmah.Cari jalan untuk pikat mad'u.Jika kecewa,ingat perjuangan Rasulullah s.a.w.Kesusahan yang menimpa baginda berlipat kali ganda dari kita.Duhai adik,bukan dinamakan pendakwah jika seseorang itu ditimpa cabaran dan dugaan.
Sejenak saya berfikir.Bagaimana jika saya berada di tempat adik saya.Saya pelajar jurusan pengajian Islam,negara yang saya duduki sekarang mempunyai 99 peratus orang islam,mejoriti mereka mengamalkan hidup islam dengan sempurna,sahabat-sahabat seMalaysia yang menuntut di sini mempunyai sahsiah soleh dan solehah,berbanding dengan adik saya,bukan pelajar jurusan pengajian islam,hidup dikelilingi masyarakat yang mempunyai masalah sosial agak tinggi,didampingi roommates,classmates,collegemates,yang kurang kuat agama mereka(bukan semua) dan macam-macam lagi.'Tugas' adik saya jauh lebih mencabar.Tidak mustahil dakwahnya lebih matang walaupun dia tidak menerokai ilmu agama seluas saya.
Ya,saya kagum.
Saya ketuk minda.Sesungguhnya dakwah islamiah itu lebih padu jika kita dicampakkan di kalangan orang yang memerlukan bimbingan dakwah islamiah itu sendiri.Asal diri teguh dengan iman dan taqwa.Bukannya mudah!
Saya memetik kata-kata Imam Hassan al-Banna asy-Syahid di dalam kitab karangannya,"Risalah Kepada Para Pemuda":
"Kami mahu selepas ini dan bersama-sama untuk mengisytiharkan dakwah kami ke seluruh dunia dan menyampaikannya kepada seluruh manusia,meratakan seluruh pelusuk bumi dengannya.Dakwah ini akan menundukkan semua kekuatan sehingga tidak ada lagi fitnah dan kepatuhan semua makhluk melainkan hanya kepada Allah."
Beliau berkata lagi;
"Mereka yang penakut akan mengatakan ini satu khayalan yang mendalam dan perasaan yang menguasai jiwa manusia.Itulah kelemahan yang kita tidak sedari serta tersembunyi dan tidak juga diketahui oleh Islam.Itulah dia kehinaan yang dicampakkan ke dalam hati-hati umat ini yang membolehkan musuh-musuh mereka menguasainya.Itulah kemusnahan hati dari iman yang merupakan sebab kejatuhan orang islam.Sesungguhnya kami canangkan dengan jelas dan tegas bahawa setiap Muslim yang tidak beriman dengan jalan ini dan tidak berusaha untuk mencapainya tidak ada saham baginya dalam Islam.Maka hendaklah ia mencari suatu pemikiran lain yang dapat ia patuhi dan bekerja untuknya."
Mesej berat,penuh makna.Koreksi diri,fikir-fikirkan.
Villa Himayatul Lukluah,
2.52 petang,
Bouhlal,Rabat.