Thursday, March 18, 2010

Cerita dariku

Bismillahirrahmanirrahim
Berehat seketika sebelum sambung menanda kertas jawapan peperiksaan.Tujuh set telah saya selesaikan sebelum cuti,berbaki satu.Semuanya kerana mahu menemani anak-anak pelajar ke pertandingan sukan dan ilmiah peringkat pusat selama 5 hari.Alhamdulillah,berbaloi dengan merangkul tempat naib johan keseluruhan.Naluri seorang pendidik,semestinya saya rasa bangga.
Saya melayari internet.Blog rakan-rakan yang pernah belajar di Morocco menjadi tumpuan saya.Semuanya kisah kerjaya.Kerjaya seorang pendidik.Ada suka dan duka.Saya tersenyum sendiri.Anak-anak zaman sekarang memang mencabar wibawa.InsyaAllah,semoga kita mampu mentarbiah mereka menjadi insan yang unggul.
Tugas sebagai seorang pendidik merangkap guru kelas sekaligus warden asrama cukup mencabar lebih-lebih lagi saya yang berpengalaman sifar.Saya ingat lagi,setelah mendapat tahu bahawa saya diterima menjadi seorang pendidik,saya resah seminggu dua.Resah kerana memikirkan cara pendekatan yang bagaimana patut saya tonjolkan.Garang macam singakah atau lembut dan baik macam pijak semut pun semut tak mati?
Remaja 13 hingga 17 tahun.Saya amati pengalaman yang lepas.Saya pernah menjadi mereka.Waktu itu,saya suka guru yang baik,lembut,bersemangat,sporting dan mendekati saya.Alhamdulillah,saya bukan tergolong di kalangan pelajar yang bermasalah.Bagaimana pula dengan pelajar yang suka ponteng kelas,melepak,memberontak,tak bawa buku,kuat berangan dan mabuk cinta?Berkesankah seorang guru yang lembut terhadap mereka.Bimbang lain pula jadinya.Saya makin buntu.
Diari 1(Marah kerana mendidik)
"Adillah,budak tingkatan 5 kata,awak garang,"ustazah Hana membuka cerita kepada saya.Saya pernah menjadi pelajar beliau satu ketika dulu.
"Pelajar lelaki?"saya menduga.
"Ya," dah agak.Saya tersenyum,suka.
"Mereka cakap macam mana,ustazah?"
"Mereka cakap macam ini,ustazah Adillah kalau marah,kami takut,"gelak saya terhambur.Alhamdulillah,syukur.Takut juga mereka.
Anak-anak yang ustazah kasihi,ustazah marah bertempat,bukan kerana emosi.
Masih ingatkah kalian ketika itu?Kalian cukup tidak berdisiplin tentang masa,adab dan amanah.
Tentang masa,sebahagian daripada kalian masuk ke kelas ketika mana 10 minit sebelum masa ustazah tamat.Ustazah sangat terkilan ketika itu.Masa terlalu berharga sehingga Allah ta'ala bersumpah dengannya dalam surah al-'asr ayat 1 hingga 3.Tentang adab,betapa kurangnya adab kalian apabila tidak memberi salam ketika masuk ke kelas.Sudahlah lewat,tidak pula kalian memohon maaf dan tidak memberitahu sebab kelewatan kalian.Ketika itu,ustazah meninggikan suara memberi amaran keras kepada kalian,"Lepas ini,sesiapa yang lewat lebih dari 5 minit,jangan masuk kelas ustazah!"ketika itu,kalian tertunduk kaku,mungkin kerana rasa bersalah.Anak-anak,dalam menuntut ilmu, disiplin dan adab dengan guru merupakan penyumbang penting dalam mendapat keberkatan.Akhir sekali,tentang amanah.Berat sangatkah ustazah amanahkan kalian menghafaz 5 ayat dari surah al-Luqman dalam masa 2 minggu?MasyaAllah.Jika dihitung,kalian boleh bahagikan satu ayat kepada 2 hingga 3 hari.Ustazah kesal kerana kalian terlalu mengambil mudah tentang pejaran al-Quran.Kalian tidak hafaz ayat yang ustazah amanahkan.Suruhan ustazah tidak lain dan tidak bukan hanyalah kerana Allah.Sakitkah menghafaz ayat-ayat quran?Malah,menambah kekuatan memori kalian di samping mendapat pahala.Tidak ingatkah kalian sabda Nabi Muhammad kekasih Allah?Tanda-tanda orang munafik ada tiga,dan salah satunya adalah,apabila seseorang itu diberi amanah,dia khianati.Kalian ingin menjadi orang-orang munafik yang tempatnya di akhirat kelak lebih dasyat dari orang kafir?Na'uzubillahi min zalik.
Oleh itu,izinkan ustazah 'memarahi' syaitan-syaitan yang sentiasa meniup bisikan-bisikan mungkar ke hati-hati kita.Tiada apa yang ustazah harap melainkan kalian menjadi insan yang cemerlang dari segi akhlak,sahsiah,pelajaran dan sebagainya.Doa seorang pendidik sentiasa mengiringi anak didiknya.Percayalah.
Bersambung...

3 comments:

ZahirahzahiD said...

Tahniah! Anda seorang pendidik.

Doakan zahirah zahid juga~

Jumpa di Malaysia nnt =)

P/S : Rindu sama nti =)

Tautan Hati said...

seronok baca kisah adillah..alhamdulillah,berjaya menjadi pendidik.cemburu!:)..doakan saya juga ya.

~menanti kad jemputan.:)

athirah said...

garang-garang lah best.. haha.. :P